Jumaat, 15 Februari 2013

Kadar NCD tahunan...

Kadar NCD (Non Claim Discount) setiap kereta akan meningkat setiap tahun sehingga kadar maksimum iaitu 55%. Berikut adalah kadar NCD setiap tahun:

Tahun Pertama : 0%
Tahun Kedua : 25%
Tahun Ketiga : 30%
Tahun Keempat : 38.33%
Tahun Kelima : 45%
Tahun Keenam dan seterusnya : 55%

Kadar NCD akan jadi 0% jika sekiranya kereta itu pernah claim (accident).

Tips : lebih baik kalau ambil cover windscreen kerana jika cermin pecah, boleh gantikan cermin yang baharu tanpa mengganggu NCD sedia ada. Sekiranya pilihan ini tidak diambil, sekiranya cermin pecah dan ingin claim, NCD untuk kereta akan kembali jadi 0%